Apalagi yang agaknya yang harus dilakukan oleh Nadd kalau orang yang dia sayang memberitahu kepadanya yang dia telah berubah? Perlukah dia menunggu dan mengharapkan Rif akan menyayanginya kembali seperti dahulu? Tidak mungkin, tapi masih adakah peluang untuknya? Soalan itu berlalu sepi ...
Jika dinilai semula telah banyak dia berkorban demi sayangnya kepada Rif. Tenaga,masa dan wang ringgit tidak pernah diminta balasan. Sayangnya pada Rif terluah pada kesetiaan dan kasih sayang yang sangat diharapkan. Malangnya segalanya itu tidak pernah diharhai oleh Rif..
'' Lelaki melayu ini sering pendamkan perasaan. Bila dah hilang baru nak meraung .'' Seorang kawan Nadd pernah meluahkan pandangan tentang teman lelakinya. "Kalau boleh dia nak perempuan yang mulakan dahulu dalam apa-apa jua perkara." Lantas dia mencuit bahu Nadd. Dia tersenyum kelat. "Nadd, kalau kau ada teman lelaki, layanlah dia sepenuh hati. Bukan mudah nak buatkan seseorang itu jatuh cinta dekat kita dan bukan mudah juga untuk kita melupakan orang itu."
Kata-kata rakannya itu kedengaran meluncur laju dan tenggelam dalam fikiran Nadd. Banyak yang dia fikirkan dan harapkan. Tidak semua yang diharapkan berlaku ikut kehendak dan kemahuannya.
" Aku tidak suka kalah, tapi aku paling benci menjadi pilihan terakhir." Kecilnya dia kerana dia manusia yang tidak mahu berubah. Dia sedar akan kelemahannya itu. Kenapa agaknya orang yang paling kita sayang adalah orang yang paling susah untuk kita sayang?
Rif sudah berubah. Walaupun dia tak berterus terang. Dia tidak macam dulu lagi. " Rif tetap Rif yang dulu cuma masa dan keadaan yang memaksa Rif untuk berubah." Itulah penjelasan yang sering ditutur oleh Rif. Kenyataan yang cukup membingitkan telinga Nadd kerana realitinya cukup berbeza bagai langit dan bumi.. Bagai hari semalam yang tidak mungkin akan kembali lagi..
Kalau hendak membutakan hati memang dia boleh lakukannya tapi itu bukan Nadd. Dia tidak mampu buat begitu. Dia tidak sanggup meninggalkan segala-galanya yang dia ada. Sebab padanya kalu menyayangi seseorang dia mesti melakukan segala-galanya agar rasa sayang itu akan terus bertakhta dihatinya.
Semalam Nadd menangis dan tertidur sambil memeluk teddy bear yang pernah diberikan oleh Rif bulan lepas. Dia rasa sudah sampai masanya untuk dia mengalah. Kembali pada realiti dan menerima segala apa yang telah tersurat..
Dia mengakui Rif memang istimewa. Sesiapa pun akan terpikat padanya.. Walaupun wajahnya tidak sekacak mana namun dia punya keistimewaan tersendiri. Seorang lelaki yang penyayang,sporting,pandai berkata-kata dan sedap mata memandang..
Mereka berkenalan melalui kawan Nadd,yang juga merupakan bekas kekasih Nadd sendiri.. Farhan. Dialah yang telah memperkenalkan mereka berdua sehingga mereka menjadi sepasang kekasih.. Pada awal perkenalan, Nadd hanya menganggap Rif hanya sebagai tempat untuk melepaskan bosan.. Dia merasa tidak wajar baginya untuk bercinta semula kerana baru sahaja rasanya dia putus dengan Farhan.. Tapi takdir yang telah ditulis tidak dapat dielakkan.. Selepas puas Rif memujuk Nad, akhirnya tepat pukul 12 malam , 16 Disember 2009 mereka sah menjadi pasangan kekasih.. Walaupun Nadd tidak bersedia lagi untuk bercinta tetapi dia tetap mencuba untuk menyayangi Rif..
Selepas hampir sebulan mengenali Rif dengan lebih mendalam , Nadd sudah mula menyayangi Rif seperti mana Rif menyayangi Nadd. Nadd berasa gembira sepanjang masa mengenali Rif. Barulah Nadd tahu Rif merupakan seorang yang periang dan pandai mengambil hati orang.. Sikapnya yang sering membuatkan Nadd gembira menyebabkan Nadd menerima Rif dengan hati yang lapang..
Bila Rif datang dalam hidupnya, segala kebosanan telah hilang. Semua perkara yang dilakukan setiap hari menjadi lebih bersemangat dari biasa. Satu tonik ajaib tela diterima kesan pertemuan tersebut. Benarlah cinta seseorang itu memberikannya semangat dalam hidup.. Setiap hari ada sahaja maraton berbalas mesej. Ada saja yang ingin dibualkan. Terasa musim bunga baru bermula. Hidup Nadd seakan cukup terisi dengan aktiviti. Nadd semakin sibuk melayan setiap bicaranya. Seorang insan yang telah berjaya mengisi hatinya. Bukan mudah untuk hatinya ditakhluki sekali lagi. Luka lama masih ada kesannya tapi dapat dirasakan ianya semakin sembuh dengan kehadiran insan bernama Rif ini.
Ada waktunya mereka akan berjumpa.. Di Mahkota Parade lah tempat yang mereka sering kunjungi jika ingin bertemu. Tempat membeli-belah itu seolah-olah telah menjadi tempat penting bagi mereka kerana banyak kenangan yang mereka dapat sepanjang berada disana. Jika tidak berjumpa di Mahkota Parade, mereka lebih selesa berjumpa di Masjid Tanah sahaja. Kenangan inilah yang sering membuatkan Nadd tersenyum setiap kali dia hendak ke Mahkota Parade. Namun sekarang semakin jarang dia berkunjung ke sana.. Tidak mahu dia mengenang kenangan bersama Rif lagi ..
" I LOVE YOU .." Diksi inilah yang paling Nadd ingati kerana setiap kiriman mesej yang diterimanya pasti diakhiri denganya. Tiga perkataan keramat itu telah mengubah persepsi Nadd tentang hidup dan kebosanan. Kesunyian telah lari bila hatinya saban hari ceria dan berlagu riang. Dia semakin bersemangat untuk melakukan semua perkara. Seakan-akan apa yang ada di sekelilingnya turut sama tersenyum dan merestui..
* to be continued.. some of the text was adopted from my true love story .. sekian . -diyanadia-
cintailah dia yang menyayangi dirimu:)

No comments:
Post a Comment